Tuesday, 3 April 2012

KENAPA KITA MESTI ADA SIDE INCOME?

Salam....







Recently, ada banyak article or news in paper pasal keadaan kewangan di negara kita nie. Isu yang paling famous ialah tentang Miskin Bandar dan masalah hutang keliling pinggang..

Mungkin 10 atau 20 tahun yang lepas kita x pernah terfikir akan timbul issue ini coz dulu kita beranggapan orang yang tinggal di bandaraya tergolong di kalangan orang2 kaya atau mampu untuk tinggal di bandar..Tetapi sekarang, mereka yang tinggal di bandaraya juga ada yang dikategorikan sebagai Miskin Bandar...

Apa itu Miskin Bandar.??? Jom kita baca definisi yang diberikan oleh Dr Jariah Masud, Presiden Ekonomi/Pengguna dan Keluarga Malaysia


“Definisi kemiskinan di bandar, mengikut konsep relatif ialah isi rumah yang berpendapatan RM3,000 sebulan. Kajian pernah dilakukan mendapati, perbelanjaan isi rumah keluarga di bandar sebulan ialah RM2,465, berbanding luar bandar hanya RM1,599. Ini mengambil kira isi rumah merangkumi suami isteri dan tiga anak. Lazimnya, bagi keluarga miskin jumlah anak lebih daripada jumlah itu,”

Lazimnya, kita tahu yang keadaan ekonomi kita sekarang nie x lah kukuh sangat...banyak lagi isu2 lain yang timbul...kita sepatutnya sudah bertindak dari sekarang dengan merebut dan mengambil peluang yang ada...Setiap peluang yang Allah berikan adalah salah satu pintu rezeki yang patut kita ambil..sebab peluang tue datang hanya sekali..hanya mereka yang bijak sahaja yang tak akan mensia-siakan peluang itu..







Kalau kita tidak berubah dan bertindak dari sekarang, sampai bila-bila lah hidup kita tetap macam tue jugak...dibebani hutang keliling pinggang sehinggakan anak2 mewarisi beban hutang tersebut. Sepatutnya, kita sebagai ibubapa bertanggungjawab memberi kemewahan dan kesenangan kepada anak2 kita supaya hidup mereka tidak merana kerana kegagalan kita...






Sebab itu Allah kurniakan akal kepada kita untuk berfikir, tulang empat kerat untuk kita berusaha dan bekerja, doa dan tawakal hanya kepada Nya...jika dugaan datang kepada kita, itu tanda Dia hanya ingin menguji ketakwaan kita kepada Nya, ingin menguji sekuat mana hati dan semangat kita...cekal kah kita? tabah kah kita? Hanya kita sendiri yang tahu kemampuan diri kita...dan bila berjaya, bersyukur lah..kerana semua rezeki yang datang kepada kita adalah dari Dia Yang Maha Esa..

Renung2 kan lah yer...



- Posted using BlogPress from my iPad