Tuesday, 8 May 2012

Memori ~ Ikan Gelama Masin & Kerang








Assalamualaikum...

Sejak dua menjak nie, Syikin asyik teringat kenangan manis masa kecik2 dulu..teringat kat arwah Abah Dan juga kenangan berniaga kecil-kecilan dulu...

Masa tue Syikin dah pun bersekolah rendah..waktu tue arwah Abah masih seorang guru dan pada masa yang sama arwah juga seorang nelayan...maklumlah, bila dah habis mengajar arwah x tahu nak buat apa dan mungkin diri dia dah sebati dengan laut..dan juga salah satu sumber dia nak tambah pendapatan keluarga...

Dulu, gaji seorang guru sekolah rendah bukan lah tinggi sangat..hanya dlm RM600 ke RM700 sahaja...30 tahun yg lepas bila dpt gaji mcm tue memang besar kan jumlah nya, tapi sekarang nie memang x cukup..lebih2 lagi dengan kos nak menanggung perbelanjaan anak yang ramai ( adik beradik Syikin 10 orang yer..)

Since arwah Abah nie suka ke laut, Syikin pun kengkadang ikut jugak dia turun ke laut...memang best betul....kelebihan seorang nelayan nie, lautan yg luas tue lah punca rezeki diorang nie...kalau kena pada tempat nya, maka banyak lah hasil yg diorang dapat, if kena lah pulak musim tengkujuh, maka kurang lah pendapatan diorang waktu tue...melainkan Ada orang yang berani sanggup turun ke laut waktu musim tengkujuh...setakat kat kampung Syikin tue, Ada ramai gak yang berani ke laut musim hujan..katanya, if x ke laut, apa anak bini diorang nak makan.... Betul jugak kan...

Bila kita tinggal di perkampungan nelayan nie, memang x sah kalau x da ikan masin kan! Pada kebiasaannya, lepas jer Abah balik dari kelaut, dia mesti suruh mak menyiang ikan gelama tue utk di jadikan ikan masin..musim panas memang sesuai kalau nak buat ikan masin nie...lagi cepat kering..Alhamdulillah kawasan rumah Syikin memang luas...So, tempat nak keringkan ikan masin tue memang senang sangat, hanya menggunakan atap zink terpakai sebagai alas nak kering kan ikan tue...

Bila dah kering ( actually kena tunggu beberapa hari sampai kering), Abah surung kitorang adik beradik masuk kan dalam beg plastik Dan ikat. Once dah siap sampai x tahu lah berapa bungkus yang kitorang dapat, Abah dengan selambanya bagi tahu kitorang..." nak duit lebih ke sekolah x? jom tolong Abah jual Ikan kering nie..kita pusing satu kampung.. Mesti Ada ramai nak beli "... Dengan excited nya kitorang pun jual lah ikan kering tue naik basikal pusing satu kampung. Alhamdulillah, semua ikan kering tue habis di jual...walaupun x banyak mana pun dapat, tapi kitorang tetap seronok...

Tadi tue musim ikan kering kan! sekarang nie musim Kerang lah pulak...korang mesti suka Kerang rebus kan! Or maybe Kerang bakar..one of my favorite too...bila musim Kerang sampai, perkara yang sama jugak arwah buat, bungkus Kerang dlm plastik Dan jual kat satu kampung naik basikal..walaupun Ada juga yang memperlekehkan usaha kami, tapi kitorang tetap buat jugak bisnes nie walaupun secara kecil- kecilan...kalau nak berjaya, kita jgn dengar cakap orang yang negative nie..yang penting kita tahu usaha kita tue adalah murni Dan baik..hanya Allah sahaja yg tahu niat kita sebenar nya..

Bila arwah Abah tgk response yg baik drpd orang2 kampung, Abah pun buat keputusan utk bersara awal Dan mulakan perniagaan...walaupun secara kecil- kecilan sebagai peraih, tapi beliau memainkan peranan yang besar di kampung itu untuk menaik taraf nelayan2 di situ...memang bangga dengan arwah Abah..

Syikin x sangka, hanya dgn menjual ikan masin Dan kerang, banyak pengalaman yang Syikin belajar dr arwah Abah..Tidak Kira lah walaupun sekecil mana pun usaha kita itu, asalkan kita konsisten, Insya Allah apa yang kita hajatkan atau apa yang kita impikan boleh di capai..walaupun kita terpaksa bersusah payah terlebih dahulu...bak kata pepatah " bersusah- susah dahulu, bersenang2 kemudian"..

Sama jugak dalam bisnes nie, biar lah lah kita berkorban Dan bersusah2 dahulu, sbb kita tahu akhirnya nanti kita Akan dapat kemanisan yang x terhingga..Dan kita sepatutnya bersyukur sbb kita ada leader- leader yang hebat, yang sentiasa membantu kita, menyokong kita dan sentiasa guide kita sampai kita berjaya...semoga apa yang kita usahakan Dan apa yang kita impikan dalam bisnes nie Akan menjadi kenyataan....Amin!!




- Posted using BlogPress from my iPad