Thursday, 27 March 2014

BERNIAGA SATU KEMESTIAN HIDUP - DAO






Assalamualaikum ..

Hari nie Syikin nak share salah satu artikel dari DAO - Dr Azizan Osman .. Syikin percaya, semua orang memang kenal dengan pakar motivasi kita nie kan .. Syikin tertarik dgn artikel nie and nak uols pun baca juga ... banyak manfaat yang kita boleh dapat darinya...


 
Berniaga merupakan tuntutan fardhu kifayah dan ianya adalah sunnah Rasullullah saw yang telah berniaga sejak kecil lagi. Berniaga juga salah satu cara untuk hidup kaya dan berjaya serta dapat membantu menambah nilai kehidupan orang lain. 
 
 
Secara umumnya, 85% orang yang bekerja makan gaji melalui majikan tidak akan menjadi kaya atau menikmati kebebasan kewangan hidup. Malah golongan ini lebih suka menghabiskan gaji yang diterima dengan membayar hutang-hutang yang telah diwujudkan oleh mereka sendiri pada setiap bulan. Dengan mempunyai kitaran kewangan hidup "dapat gaji bayar hutang dan buat hutang bayar pakai gaji", impian untuk menjadi kaya dan berjaya ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. 
 
 
Selain dari makan gaji, kenaikan ekonomi dunia juga dapat memberi kesan kepada kewangan hidup anda. Apabila ekonomi dunia meningkat, secara langsung ekonomi negara akan meningkat juga dan akibatnya mulalah kenaikan kos sara hidup setiap individu di negara ini. Harga kos bagi barang keperluan, pengangkutan, dan sebagainya mula meningkat tinggi. Kenaikan kos sara hidup ini tidak setara dengan gaji bulanan yang diterima yang membolehkan seseorang itu dari hidup sederhana menjadi miskin manakala yang miskin akan menjadi bertambah miskin. Anda kena ingat bahawa kenaikan ekonomi dunia akan sentiasa berlarutan setiap tahun tanpa henti. Sudahkah anda membuat apa-apa persediaan bagi menghadapinya? 
 
 
Jika dilihat dari masalah ini, saya berani katakan berniaga ini telah menjadi satu kemestian bagi setiap orang yang inginkan kebebasan kewangan dan kejayaan hidup. Memulakan perniagaan bukanlah satu perkara yang sukar pada hari ini jika anda mempunyai ilmu, sistem dan tindakan yang tepat dan berkesan. Jangan takut untuk berniaga. Secara jujur, dunia perniagaan memang mempunyai cabarannya tersendiri malah kadang kala dugaan yang diterima boleh membuatkan anda jatuh duduk terdiam. Tetapi, jangan risau kerana semua ini hanyalah bersifat sementara sahaja. 
 
 
Bagi saya berniaga merupakan satu seni yang sungguh unik dan menarik jika kita betul-betul memahami sifat dan perangai perniagaan tersebut. Ia hanyalah satu 'puzzle' yang mudah diselesaikan dengan bersandarkan ilmu yang tepat.


Syikin memang setuju dengan kata-kata DAO nie .. even myself pun pernah ada pengalaman makan gaji .. kais bulan makan bulan .. duit gaji tue just untuk bayar komitment yang ada .. but if dengan business, you will definitely can get what you want .. tak kisah lah apa jua impian uols ... tentang cabaran pula, you shouldn't worry, semua orang akan merasainya ... pendek kata, tak perlu gentar atau takut dengan cabaran. Apa yang perlu kita takut ialah, apa akan jadi dengan masa depan kita.

Ok lah uols ... Syikin harap dengan entry kali nie dapat bantu uols buka mata, buka minda dan buka hati .. Perubahan itu perlu dalam kehidupan kita ...

That's all for now ..

See you at next entry ..

Wassalam...


Cheers,
Syikin Salleh