Tuesday, 25 March 2014

MH370 - PERGINYA TIDAK KEMBALI, AL-FATIHAH








Tiada kata yang mampu diucap ..
Hanya rasa sebak menyelubungi diri ...
Jauh di sudut hati, tetap ada tangisan pada mereka yang pergi ...

Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Mengetahui,
Segala yang tersirat dan tersurat.
Kau berikanlah kekuatan pada mereka yang kehilangan..
Kau berikanlah kebaikan di sebalik kedukaan mereka
Hanya Engkau lah yang Maha Berkuasa di atas segalanya..
Dan kami redha dengan ketentuan Mu..

Ya Allah, peliharalah jiwa-jiwa mereka yang pergi..
walaupun terselit juga harapan bahawa mereka mungkin akan kembali.
Kami percaya dengan Qada & Qadar Mu, Ya Allah.
Sesungguhnya kami hanya insan kerdil yang masih memerlukan perlindungan Mu.

MH370 perginya tak kembali..
Doa kami sentiasa mengiringi..
mengharapkan keajaiban dari Ilahi,
supaya kamu kembali ke sisi kami ..


Salam takziah untuk keluarga, saudara mara serta sahabat krew dan juga penumpang MH370.

AL-FATIHAH ..


ikhlas,
Syikin Salleh