Thursday, 24 April 2014

MINYAK PELINCIR JTX - TEKNOLOGI TRIBOLOGY


JTX1000 adalah minyak pelincir berprestasi tinggi yang dirumus khas menggunakan teknologi TRIBOLOGY iaitu anti geseran dan menjadi perawat enjin terkini. Minyak JTX ini menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan dan menepati spesifikasi dan standard piawaian antarabangsa dan sesuai untuk kegunaan enjin petrol, diesel dan NGV.


*Kedua-dua jenis minyak di atas sesuai untuk semua jenis kenderaan darat sama ada menggunakan petrol/diesel/NGV

Kebaikan Minyak JTX :-

  • Minyak enjin multi grade yang canggih diperkaya dengan pekatan tambahan EP/AW.
  • Memberikan perlindungan anti enapan, anti karat dan anti oksida yang lebih baik.
  • Memanjangkan jangka hayat enjin dengan mengurangkan kesan haus dan lusuh.
  • Kestabilan haba yang baik.
  • Memberikan kuasa dan prestasi maksimum dalam semua keadaan pemanduan walaupun dalam keadaan ekstrim.
  • Memberi penjimatan minyak dan prestasi yang lebih baik.
  • Teknologi Tribology 
  • Pelincir berkualiti tinggi yang menjadikan enjin beroperasi secara senyap dan lancar.
  • Dicadangkan untuk 10,000km.
  • Dijamin kualiti dengan Sijil ISO 9001 dan SUPERBRAND.

*EP - Extreme pressure 
*AW - Anti-wear 

PETROL
DIESEL
SN
For all automotive engines presently in use. Introduced in the API service symbol in November 2010


CF
Introduced in 1994 for off-road, indirect-injected and other diesel engines including those using fuel over0.5% weight sulphur. Can be used in place of CD.

SL
For all automotive engines presently in use. Introduced in the API service symbol in 1998


CI-4
Introduced in 2002 for high-speed four-stroke engines. Designed to meet 2004 exhaust emission standards implemented in 2002. CI-4 oils are formulated to sustain engine durability where exhaust gas recirculation (EGR) is used and are intented for use with diesel fuels ranging in sulphur content up to 0.5% weight. Can be used in place of CD, CE, CF-4, CG-4 and CH-4






Ramai yang hendak tahu apa kelebihan lain lagi yang ada pada minyak JTX ini berbanding minyak pelincir yang ada di pasaran. Ok, antara yang boleh diperjelaskan adalah seperti berikut :-
  • Minyak JTX ini mengandungi TCF iaitu Tribology Clear Film di mana jika minyak pelincir kereta kering, fungsi TCF ini dapat mengelakkan enjin kereta daripada jem.Untuk percubaan guna minyak enjin JTX 1000 sepenuhnya, hidupkan enjin kenderaan dalam 20 minit, kemudian keluarkan kesemua minyak JTX 1000 yang didalam enjin, kenderaan anda dapat bergerak lebih 50km walaupun tanpa minyak hitam kereta. Hanya untuk mereka yang confident.
  • Menjimatkan penggunaan petrol sehingga 10% - 20%. Bermakna setiap perbelanjan RM100 petrol, anda boleh jimat hampir RM10-RM20  kos petrol. Ujian dilakukan dalam kelajuan yang  konsistan.
  • Meningkatkan kuasa enjin sehingga 20% ke 30%. Kesan ketara bila anda tekan minyak kenderaan, enjin tidak sebu,terus pergi dan pergi.
  • Jika perjalanan anda terpaksa mengharungi kawasan banjir, anda tak perlu risau jika enjin kenderaan anda masuk air kerana fungsi TCF di dalam JTX 1000 boleh menyelamatkan enjin daripada jem.  
  • Kandungan dalam minyak pelincir JTX 1000 ini juga tidak bersifat asid atau menghakis. Tak percaya? Cuba anda service kereta anda dengan menggunakan minyak JTX 1000 ini bagi tempoh 3 kali service. Selepas tu buka head enjin. Cuba tengok enjin anda makin bersih enjin atau tidak?


MARI MENGENALI FUNGSI TCF DI DALAM MINYAK PELINCIR JTX1000


Apakah Itu TCF?

★ Tribo Clear Fim


Apakah Maksud Tribology?


★Tribologi ialah bidang kajian sains dan teknologi tentang geserankehausan dan pelinciran serta pembangunan teknologi dalam mengoptimisasikan proses geseran di dalam bearing, alat transmisi, enjin, dan elemen-elemen mesin yang lain. 

Teknologi pelinciran yang berkait rapat dengan tribologi merupakan teknik mengurangkan daya geseran dan hakisan menerusi bahan pelincir dan penggunaan bahan pelincir pada kawasan geseran.

Apakah Fungsi TCF ?

★ TCF adalah selaput atau filem yang ade dalam JTX 1000 untuk mengelakkan geseran dan hakisan di dalam bearing, alat transmisi, enjin, dan elemen-elemen mesin yang lain.

Apa Kaitan JTX1000 Dengan Anti Oksida, Anti Karat?

★ Bila kita matikan enjin, minyak hitam akan mendap ke bawah (sump). Dan kemudian apa akan terjadi selepas tuh? Pernah tak kita rasa susah untuk hidupkan enjin pada waktu pagi? Ada kan.. Ini disebabkan minyak pelincir dah termendap dekat bawah enjin (sump) dan enjin tersebut menggunakan minyak pelincir yang tidak mengandungi TCF.

Bile enjin susah nak dihidupkan, pengewapan akan berlaku disebabkan terdapat rongga-rongga udara pada bahagian-bahagin besi enjin. Dan disebabkan itulah enjin kite boleh karat. Dah la minyak turun, susah nak dihidupkan, enjin pulak berkarat.

TCF yang akan pastikan minyak pelincir JTX 1000 nih tak turun ke bawah enjin walaupun enjin sudah dimatikan. TCF jugakla yang lindungi enjin dari berkarat.



Apa Kaitan JTX1000 Dengan Anti Asidik, Anti Haus, Anti Keladak?


★ Bile minyak pelincir mempunyai fungsi TCF nih, pergeseran dalam enjin akan jadik 0 atau hampir kepada TIADA. Kenapa tiada? Ini disebabkan pergeseran di dalam enjin di lakukan oleh TCF. Bahagian-bahagian besi di dalam enjin hanya bergeser pada lapisan TCF tersebut. Sebab itulah enjin tak haus dan tiada wear and tear.Dengan bahasa lainnye jugak tiada carbon dan sludge (keladak)




SAE 15W-50


SAE adalah singkatan bagi Society of Automotive Engineers yang merupakan sebuah badan professional bagi kejuruteraan automatif. Minyak perlincir telah digredkan mengikut standard SAE. Pengredan minyak pelincir ini banyak bergantung kepada index kelikatan (“viscosity index” ) dimana pada tahap suhu tertentu, minyak pelincir ini tidak lagi dapat berfungsi dan melindungi enjin.

SAE J300 telah menetapkan sebelas nilai Kelikatan bagi minyak Single-Grade, di mana enam daripadanya diklasifikasikan sebagai Winter-grades dan diberi penunjuk W. 11 nilai kelikatan itu adalah nilai 0W, 5W, 10W, 15W, 20W, 25W, 20, 30, 40, 50, dan 60. Angka-angka ini sering disebut sebagai 'weight' bagi minyak enjin.

Perbezaan penunjuk dengan W (winter grade) dan tanpa W (non- winter grade) adalah mengikut perbezaan jenis ujian kelikatan pada minyak. Pada asasnya lebih tinggi kelikatan minyak maka lebih tinggi grad kelikatan pada SAE.

Untuk beberapa aplikasi, misalnya apabila suhu ketika penggunaan enjin berkisar dalam kadar yang tidak terlalu besar, penggunaan minyak single-grade adalah berpatutan; misalnya, mesin pemotong rumput, aplikasi industri, dan kenderan-kenderaan vintage atau klasik.

Gambarajah di bawah hanya menunjukkan secara kasar kaitan antara grad minyak dan suhu.




15W = 'Winter Grade' atau tahap keadaan suhu enjin ketika suhu rendah (sebelum enjin dihidupkan). Dalam keadaan suhu di Malaysia, pada tahap 15W sudah mencukupi .

50 = Tahap kelikatan minyak ketika enjin beroperasi sepenuhnya atau pada suhu 100°C (grad pada suhu ketika ujian kelikatan minyak).


Apa Beza Antara 10W-40 Dengan 15W-40 ?

Ketika enjin beroperasi sepenuhnya kelikatan minyak 10W-40 dan 15W-40 adalah sama. Perbezaan hanya pada ketika enjin belum/akan dihidupkan atau dalam berkeadaan sejuk. 10W lebih effisen berbanding 15W jika suhu lebih sejuk dan sesuai untuk enjin mula beroperasi pada suhu tersebut. Umumnya 15W adalah memadai bagi keadaan cuaca di Malaysia. 



Apakah Perbezaan Antara Mineral Oil (JTX) dan Sintetik Oil (Brand Lain)


Ramai orang bertanyakan minyak JTX1000 dan JTXGold ni sintetik atau tidak. Di sini saya nak cakapkan yang minyak JTX ni adalah MINERAL OIL. Pastu orang tanya pulak, apa bezanya mineral oil dan sintetik oil. Jadi, biar saya perjelaskan di sini.

Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ dihasilkan melalui campuran 4 bahan kimia utama iaituCeflon, Teflon, Chlorine dan Parafil. Manakala jika 4 bahan kima utama tersebut bercampur dengan minyak mentah (mineral), maka terhasil lah minyak 'Semi Synthetic'. Pada asalnya iaitu akhir tahun 1930-an dan awal tahun 1940-an, saintis Jerman mencipta minyak sintetik akibat kekurangan minyak mentah untuk industri mereka (terutamanya keperluan ketenteraan). Antara yang menaikkan kepopularitian minyak sintetik adalah kemampuan ia mencair walau pada tahap suhu sejuk yang melampau terutama ketika musim sejuk. Setiap jenis minyak, ada kelebihannya tersendiri. Bagi minyak sintetik, ia mempunyai agen pembersih yang membendung kewujudan keladak pada enjin. Dan disebab itulah minyak pelincir akan kelihatan gelap, tetapi ini sama sekali tidak menghalang minyak daripada melaksanakan fungsi-fungsi biasa iaitu melincir dan melindungi permukaan logam dalam enjin. Jika minyak pelincir tidak bertukar hitam ini boleh disebabkan tidak ada bahan tambah pencuci di dalamnya dan enapan akan melekat pada bahagian enjin.

Mineral oil seperti JTX diperoleh dari minyak mentah petroleum yang telah ditapis. Minyak JTX (mineral oil) mengandungi content AW/EP iaitu anti geseran dan extreme pressure terutama bagi mereka yang mengamalkan pemanduan yang ekstreme (racing). Minyak ini (JTX1000 dan JTXGold) melindungi enjin anda dari geseran yang boleh merosakkan permukaan logam di dalam enjin akibat dari pemanduan yang ekstreme tersebut. Selain itu ia juga dapat menjimatkan petrol antara 10-20%, meningkatkan keupayaan enjin antara 20-30% dan memanjangkan jangka hayat enjin anda.



Bolehkah minyak pelincir berlainan jenama dicampurkan?

Kebanyakan minyak pelincir berasaskan mineral boleh bercampur antara satu sama lain. Bagi minyak pelincir sintetik, ia harus digunakan secara penuh hati-hati. Sesetengahnya tidak boleh bercampur sepenuhnya dengan minyak pelincir mineral atau sintetik lain kerana kandungan chemical yang berbeza bagi setiap pengeluar. Apabila menukar dari satu jenis ke satu jenis yang lain, sempurnakan penukaran minyak pelincir untuk hasil maksimum.

PERBEZAAN DARI SEGI GESERAN MINYAK PELINCIR BIASA DENGAN JTX 

Sebuah mesin bernama FELEX MACHINE berjenama Stanly diimport dari Australia yang tidak mewakili enjin anda secara 100% tetapi mewakili geseran didalam enjin anda sebanyak 200%. Mesin ini digunakan untuk menguji tahap geseran dan seterusnya menilai kelebihan minyak pelincir masing-masing dalam unit newton/meter atau paksaan/tekanan. Jika bacaan yang lebih tinggi diperolehi bermakna minyak itu adalah minyak yang baik dalam meyerap geseran dan secara tidak langsung ia adalah minyak hitam yang baik.



Berikut adalah bacaan yang diperolehi :-

Motul 5100 Semi Sintetik - 35 nm

Motul 3100 Semi Sintetik - 30 nm

Sikolene Semi Sintetik - 30 nm

ELF Fully Sintetik         - 50 nm

Motul Fully Sintetik    - 50 nm

Castrol Semi Sintetik   - 30 nm

Motul Trans Oil Expert Semi Sintetik - 40 nm

VSX Shell Semi Sintetik - 30 nm

S.T.P Semi Sintetik     - 40 nm

JTX 1000                  - 100 nm

Semua minyak pelincir di atas telah di test sehingga 3 kali dan bacaan tidak menurun/merosot.

Selain itu kita juga boleh melihat perbezannya seperti di bawah :-





TESTIMONI MINYAK PELINCIR JTX 1000








HARGA PROMOSI



JTX1000
JTX Gold
JTX5000 (250ml)
-Concentrated Oil

1L
4L
1L
4L
Harga Ahli/Pembekal
RM37
RM140
RM41
RM155
RM95






Harga Pasaran
RM44
RM170
RM48
RM185
RM112

www.ridhuancherus.com

Sangat murah berbanding minyak pelincir fully sintetik yang lain. Kenapa saya cakap murah? Call saya untuk maklumat lanjut.


Credit info to www.ridhuancherus.com 



Syikin Salleh
alya_ezikin@yahoo.com