Wednesday, 14 May 2014

KENAPA ADA HEALING CRISIS SELEPAS MENGGUNAKAN PRODUK BERASASKAN GARAM BULUH?




Assalamualaikum ...

Recently, ramai yang bertanyakan soalan dengan Syikin, kenapa selepas menggunakan produk berasaskan Garam Buluh, contohnya Mineral Coffee, Garam Buluh Premier Drink, Biovelocity Sleepmate, ada yang demam, pening kepala, migrain and etc ..

If uols nak tahu, itu lah di namakan "healing crisis" ataupun Krisis Pemulihan .. It's not a bad thing but it's a good sign for our body dalam proses pemulihan. Sebelum Syikin cerita lebih details lagi, jom kita pahamkan apa maksud "Healing Crisis" nie ..





Apa itu Krisis Pemulihan (Healing Crisis) ?

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.
 
Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.





Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) ?
 
Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.
 
Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.
 
Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada  permulaannya , lebihan karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah  dibersihkan , paip akan menjadi cantik dan bersih semula.


Berikut ialah tindakbalas selepas penggunaan produk berasaskan Garam Buluh.



Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)? 
 
Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.
 
 
Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?
 
Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.


Tips semasa melalui Healing Crisis. 
 
minumlah banyak air bersih,
~ rehat secukupnya, 
~ makanlah lebih sayuran dan buah-buahan.
~ Banyak kan bersabar dan berdoa moga segalanya di permudahkan. 


Jom kita recall produk-produk yang mengandungi Garam Buluh 

1) GARAM BULUH PREMIER DRINK & COOKING SALT



2) MINERAL COFFEE



3) MARINE ESSENCE BEAUTY BAR/NOURISHING SHAMPOO/BODY WASH



4) BIOVELOCITY SLEEPMATE



5) GARAM BULUH TOOTHPASTE


Hope uols dapat penerangan yang jelas tentang healing crisis nie .. If you have more enquiry, just contact Syikin to get more details .. If uols interested with any kind of products as mention above, do contact me at 013-7220143

Insya Allah, dengan seikhlas hati dan berbesar hati Syikin akan cuba bantu sebaik-mungkin.

Moga entry kali ini dapat membantu uols semua .. 

See you next time ...


Cheers,
Syikin Salleh