Wednesday, 7 May 2014

SELAMAT HARI LAHIR MAK!







Assalamualaikum ...

Alhamdulillah, pada tarikh 7hb Mei 2014, maka genaplah umur emak saya 70 tahun ..
From the picture above, Mak Syikin nampak muda kan! Syukran Ya Allah, masih diberi peluang untuk membalas jasa Mak, walau hakikatnya tak ternilai dengan segala pengorbanan yang beliau berikan kepada Syikin dan adik-beradik yang lain .. 

Selamat Hari Lahir Mak .. Ikin doakan mak panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, sentiasa di rahmati dan sentiasa di bawah lindungan Nya ... Hanya Allah yang mampu membalas segala pengorbanan Mak .. Terima kasih sebab melahirkan Ikin, membesarkan dan menjaga serta mendidik Ikin yang kadang-kala selalu buat mak susah hati atau kadang-kala nakal sedikit .. Terima Kasih juga sebab sentiasa menjadi sahabat yang selalu mendengar luahan serta ngomelan Ikin .. You are the best mom who no one can ever replace you .. Terima Kasih kerana memahami dan terima Kasih juga sebab sabar dengan Kerenah ikin dari kecik sampai lah sekarang .. Terima Kasih kerana menjaga Ikin, Alya dan Sofia ketika berpantang .. Sesungguhnya, kekuatan dan kesabaran Mak menjadi sumber inspirasi ikin untuk terus berjuang .. 

Ya Allah, Kau berikan lah aku kesempatan untuk membalas segala jasa-jasanya, Kau berikan lah aku kesempatan dan peluang untuk mengkabulkan impiannya , hanya pada Mu tempat kami meminta Ya Allah .. Moga Kau perkenankan doa ku ini Ya Allah .. Sesungguhnya, Kau lah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani .. Amin Ya Rabbalalamin ..


Syikin Salleh