Friday, 25 July 2014

TIPS KESELAMATAN SEBELUM PULANG KE KAMPUNG











Assalamualaikum uols ...

Lagi tinggal 2 hari, Insya Allah kita kan sambut bulan Syawal .. Seronok kan nak sambut raya .. Dan yang pastinya memang ramai yang ambil peluang untuk bercuti panjang minggu hadapan untuk pulang ke kampung halaman .. Syikin rasa, malam ini atau esok, sudah ramai yang mula merancang  perjalanan untuk pulang ke kampung masing-masing .. 

Seperti biasa, sebelum nak balik kampung, kena lah pasti kan keadaan rumah yang kita nak tinggalkan tue sentiasa berkunci, selamat dan lain-lain lagi untuk nak elakkan orang lain pula yang datang sambut raya kat rumah kita ... Huhuhu ..

Ini dia tips macam mana nak pastikan keadaan rumah selamat yang di kongsi oleh pihak PDRM untuk kita ..

1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.


2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).


3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah. 

4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.


5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda. 


6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.


7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.


8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut: 


Nama dan alamat
Nombor telefon yang mudah dihubungi
Tarikh berlepas dan balik
Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti


9. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.


Mudah sahaja kan tips nie and semua orang boleh buat .. Uols pun boleh baca doa atau ayat-ayat ini sebelum keluar rumah juga .. 










Ok lah uols ... Hope all these tips dapat bantu uols sebelum pulang ke kampung nanti ..
Syikin doakan perjalanan uols baik-baik, semoga selamat sampai ke tempat yang nak di tuju ...

Jumpa uols nanti k ... have a safe journey!!


Cheers,
Syikin Salleh