Sunday, 21 September 2014

JALAN-JALAN CARI MAKAN : THE WINDMILL STATION BATU PAHAT


Assalamualaikum & salam Sejahtera ..

Hola uols ... Selamat Pagi .. Biasanya, pagi Isnin nie ramai yang takde mood nak pergi kerja kan! Rasa mcm nak sambung golek-golek atas katil. Those yang dah ada family, rasa macam tak puas nak spend masa dengan hubby or wife and the kids .. But, nak buat buat mcm mana kan .. Kerja pun a part of tanggungjawab kita .. If tak kerja, then mcm mana nak support our family .. So, ikhlas kan hati kita je .. Doa banyak- banyak moga semua urusan kita dipermudahkan oleh Allah sepanjang hari nie .. Insya Allah .. Amin!

Sebenarnya, hari nie Syikin nak buat restaurant/food review .. Dah lama rasanya tak bercerita pasal makan-makan nie .. And of course, Syikin memang suka bab makan-makan lebih-lebih lagi kalau tempat atau makanan Kat situ menepati selera Dan tekak Syikin nie .. Heheh ..

Last week, masa balik kampung di Batu Pahat, Johor , I'm asking my sister kat BP nie kat mana nak makan yang sedap-sedap with a good price especially western food .. She recommend me to go to The Windmill Station. Katanya baru bukak restaurant tue kat Batu Pahat. Sebelum nie pun dia ada mention nama restaurant tue and give a good feedback about the foods. 

Tanpa buang masa, Sabtu tue me and hubby together with the kids pergi lah kat restoran tue . I invite my sister to tag a long so then she can recommend what to eat there. Bila sampai sana, Subhanallah, memang ramai orang ye .. But luckily still have available seat for us .. 




Apa yang special sangat kat sini? Haaa.. Those yang suka western food like me mesti puas hati makan kat TWS .. Ada lamb chop, chicken chop, sirloin steak, all the spaghetti or pasta and many more ..
Jom kita tengok hari tue kitorang makan apa ye .. Heheh 


 
Hubby Syikin order Lamb Chop malam tue .. Instead of order ala carte , uols boleh jugak order yang set together with the drinks and mushroom soup..


This is Sirloin Steak and it's for me .. Dagingnya sangat lembut ye .. Sampai sekarang masih terngiang-ngiang perasaan puas hati dapat makan steak .. Haha ..


My niece also follow us on that day so she order Chicken Chop . It's also have a set promo if you like to eat Chicken Chop.


My sister order Set Combo. Ada chicken chop + lamb chop + mashed potatoes + coleslaw and it's also available with the set promo .

Selain western food, those yang suka local foods pun boleh juga order kat sini .. For the kids, I order Nasi Pataya . Gambar takde coz tak sempat nak snap. Anak-anak dah berebut nak makan .. Haha ..

Actually, baru tahu The Windmill Station nie dah lama established since year 2000. Jom kita tengok Kat mana lagi cawangan lain TWS nie ..




Uols boleh visit their website for more info or updates. Those yang area Batu Pahat boleh lah call Syikin kalau nak makan kat sana .. Hehehe ... Even hubby pun dah mention. Am makan lagi sekali kat TWS bila balik BP nanti .. Hoyeah!!

If uols ada tempat-tempat Menarik UNTUK makan or jalan-jalan, boleh lah recommend to me ye .. 
Sambil makan boleh cuci mata juga .. Hahaha .. 

See uols soon and have a great day ahead!

Cheers,
Syikin Salleh