My Journey As Premium Beautiful Expert with TDC
Assalamualaikum wbt..
Hola uols ... Bertemu kita kembali di ruangan ini .. Hari ini Syikin nak share sedikit kat uols macam mana Syikin mulakan biznes as Premium Beautiful Expert with TDC ..
5 tahun lepas, masa tue masih lagi bekerja sepenuh masa as a banker .. Pergi kerja gelap, balik pun gelap .. Life masa tue memang more on kerja, even weekend kadang2 kena datang ofis juga sebab terpaksa .. Dah nama kerja makan gaji kan so kita pun terpaksa akur dengan tuntutan kerja .. Dan kita pun berusaha lah untuk menjadi pekerja yang terbaik di depan mata boss kita tue ..hehehe
Tahun tue juga Allah uji dengan kesihatan Alya Zahra, she have broncho pneumonia ..
Bayangkan tiap-tiap bulan dia demam, kena admitted berminggu-minggu di wad, cucuk sana cucuk sini, as a mom mesti rasa tak sanggup nak tengok anak sendiri jatuh sakit selalu kan ..
Kerja?? Memang terpaksa amik EL sebab siapa lagi yang boleh jaga anak kita selain diri kita kan? EL bukan sehari dua kadang2 kena lebih dari seminggu ..
Masa nie lah mula terfikir, " kalau aku tak kerja, memang boleh jaga anak, monitor depan mata tapi bila fikir kan pasal kos rasa sayang pula nak lepaskan kerja waktu tue" .. Walaupun gaji tak sebesar mana tapi at least boleh lah kurangkan sikit beban suami and ada juga lah duit untuk diri sendiri .. But, how long nak hidup macam nie? Berapa lama nak bertahan? ..
Then one day, after discuss dengan suami, dia bersetuju untuk cari side income .. Maka bermula lah episod mencari sumber, survey sana-sini nak buat biznes apa end up suami kenalkan Syikin pada rakan sekolah beliau di MRSM Jasin dahulu ..
Bayangkan dari KL travel ke JB, datang beraya ke rumah kami, dan dari situ lah Syikin mula kenal dengan mentor Syikin CDM Shaliza Aziz ..
Waktu itu, beliau masih lagi juga baru dalam biznes Premium Beautiful nie ..
Beliau terangkan pada Syikin dan suami how this business works ...
Alhamdulillah, both of us tanpa fikir panjang terus buat keputusan untuk mulakan biznes PB nie walhal masa tue Syikin takde Akaun FB dan takde Blog, senang cakap memang buta IT ..😅 coz masa tue bagi Syikin takde faedah nak beronline sebab memang takde masa nak layan FB semua tue .. Hehe ..
Dipendekkan cerita, selepas berjumpa dengan CDM Ija, then Syikin dikenalkan dengan direct leader Syikin , CDM Norain Mohd Nizar .. Actually, both of them memang Syikin tak kenal, except husband lah coz diorang dari sekolah yang sama .. Tapi atas dasar kepercayaan Syikin pegang tangan mereka berdua nie untuk sama-sama bantu majukan diri dalam biznes nie ..
Susah senang Syikin, turun naik dalam biznes semua Syikin lalui dengan mereka berdua .. Jika nak di kira, nak di hitung jasa insan hebat ini, yang banyak bagi dorongan, semangat pada Syikin dan team, memang tak terhitung dan tak terbalas rasanya ..
Alhamdulillah, sepanjang berniaga bersama TDC, banyak yang Syikin belajar .. Even until now, diri sendiri pun tak percaya dengan perubahan diri dan apa yang Syikin capai .. Syikin bermula sebagai Sales Manager and now dah pun capai pangkat kedua tertinggi iaitu Double Diamond Manager ..
Siapa sangka dalam biznes ini juga Syikin berpeluang melancong ke luar negara secara PERCUMA with 5 Stars Treatment from SHOM .. Guangzhou, Vietnam, Osaka, Kobe, Kyoto and soon will be Beijing ..
Kalau nak cerita perjalanan biznes, memang panjang kisahnya .. Suka duka jatuh bangun tue memang resam dalam dunia berniaga .. Nak berjaya memang kena tempuh macam-macam halangan serta cabaran tapi semua tue kita jadikan pengalaman dan juga kekuatan untuk kita teruskan perjuangan kita ..
Ucapan terima kasih tak terhingga buat dua insan hebat ini, yang tidak pernah putus asa dengan Syikin, yang sentiasa bawa Syikin dan pegang Syikin untuk sama-sama capai impian .. Without both of you, i may not be what i am today .. May Allah bless you both .. And may our relationship stand strong and be blessed by Allah .. Amin!
To all my business partners, moga kalian juga sama-sama kuat dan tabah dan berjaya dalam biznes ini .. Syikin sentiasa doakan yang terbaik untuk uols, capai impian uols dan berharap agar kalian sentiasa pegang tangan Syikin untuk maju dalam biznes ini .. Tanpa anda semua, Syikin tak mungkin akan capai apa yang Syikin ada sekarang ini ..
May this year bring the best to all of us ..
Kepada rakan-rakan yang lain, jika masih mencari peluang untuk cungkil potensi diri, u may make a big step to start your biznes with us in TDC .. Ada banyak yang anda akan capai jika anda bermula sekarang!
Towards CDM 2016!
Nurasyikin Salleh
Premium Beautiful Expert
Comments
Post a comment